Posts

Showing posts from September, 2013

Movie Review: Kick Ass 2 (Tendang Punggung Kali Kedua)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera...     Sebagai permulaan, filem ini memang sangat-sangat ditunggu oleh saya dan betapa seronoknya hati bila berpeluang menontonnya tempohari ditemani oleh Puan Permaisuri hidup saya.    Merupakan kesinambungan bagi filem Kick Ass yang terdahulu pada tahun 2010, kisah tentang seorang remaja bernama Dave Lizewski (Aaron Johnson - The Illusionist, Albert Nobbs, Savages) yang bertekad untuk menjadi adiwira bertopeng dan menggelarkan dirinya Kick Ass bagi menegakkan keadilan, sebenarnya telah bersara kerana sudah berjanji dengan teman wanitanya Katie (Lyndsy Fonseca - Hot Tub Time Machine, The Ward) dalam filem yang terdahulu lalu tinggallah Mindy Macready sebagai Hit Girl (Chloe Grace Moretz - Let Me In, Hick, Hugo) menegakkan keadilan berseorangan meneruskan legasi ayahnya Big Daddy (Nicolas Cage) yang terkorban sebelum ini. "Look how much you've grown up Mindy..." Dave dah lupa yang 3 tahun berlalu selepa

Movie Review: The Conjuring (Penampakan Momok)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera...     Sebagai permulaan, saya berasa amat bersyukur kerana tidak mati terkejut selepas menonton filem ini. Genre sebegini bukanlah satu pilihan yang saya tunggu-tunggu ataupun dengan terujanya tidak sabar untuk menonton namun saya tiada pilihan kerana orang rumah bersama dengan salah seorang rakan baiknya Yaya dan suaminya Syafiq, berasa sangat ingin tahu taraf keseraman naskhah ini (tobat rasa macam tak nak tengok lagi cerita macam ni!), maka saya turutkan jua, sama seperti sewaktu menonton filem Khurafat bersama sepupu saya dan Cik Puan Isteri beliau semasa di Johor Bahru (waktu bujang-bujang zaman dahulu kala). Menyampahnya saya menonton filem seram ini adalah kerana saya pasti akan mencarut akibat terkejut disergah oleh babak-babak suspens filem-filem sebegini (sila rujuk di sini ).    Naskhah olahan James Wan ini sangat-sangat menjadi keseramannya. Beliau adalah warganegara Australia yang dilahirka