Posts

Showing posts from November, 2013

2 Guns: Hitam-Putih Campur Tamak Campur Korupsi

Image
   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagi satu review peraman penulis untuk anda semua (ada 3 lagi review menunggu untuk dihidang tau~). Masa tengok trailer filem ni, penulis teruja dah. Otomatik bayangan lampau filem-filem gandingan orang kulit putih dengan orang Afrika-Amerika seperti Lethal Weapon, Money Talks, Men in Black Trilogy, The Last Boy Scout, 48 Hrs. berderu-deru melintas di depan mata (hanya visualisasi penulis okeyh~). Penulis rasa Rush Hour Trilogy pun boleh la tersenarai sebab formulanya sama je.    Mula-mula pengenalan untuk pengarah filem. Sebab selalunya penulis membuat tanggapan awal sesebuah filem itu berdasarkan siapa pengarahnya dulu. Lepas tu baru mengambil kira skrip filem adalah karya dari idea asal ataupun adaptasi. Selalunya adaptasi ini berdasarkan kisah benar, novel, filem pendek, komik, kartun,  ataupun permainan komputer mahupun konsol (alaaa... yang macam PlayStation 1, 2, 3, 4 atau Xbox 360 atau game arked yang kat pasaraya tuu~). Ok, berbal

Riddick: Hati Kering Yang Penyayang

Image
   Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca. Lagi satu review lemau dari penulis untuk anda semua. So, sit back , selesakan diri anda, tenung skrin, dan mulakan membaca.    Mula-mula, pendedahan pada pengarah filem ini. Namanya David Twohy, lahir di Los Angeles pada tahun 1955. Juga merupakan pengarah kepada kesemua francais Riddick yang terdahulu (Pitch Black - 2000, The Chronicle of Riddick - 2004). Semua orang suka gaya filem Pitch Black, sebab itu Twohy jadikan bahagian ketiga francais ini seakan yang filem yang pertama kerana mengikut kajian khalayak, penonton seakan muak dengan lebihan imej janaan komputer (CGI) pada bahagian kedua saga Riddick ini. Kiranya filem yang kali ini macam tribute to the first lah. Penulis suka. Less is more . David Neil Twohy di set penggambaran Riddick yang kelihatan poyo dengan senapang mainan.    Kita ke sinopsis ( yang penuh dengan spoiler~ ) pulak. Permulaan filem ini terus membawa kita di mana Riddick

Elysium: Fantasi Antara Dua Darjat

Image
   Salam sejahtera semua, Penulis suka sangat peram pengalaman menonton beliau. Macam cerita Elysium ni lah. Bini penulis malas-malas pun berjaya jugak 'up' 3-4 'entries' . Poster grafik di atas sangat menarik hati penulis berbanding poster rasmi asalnya. Sebab dah lama sangat peram, review kali ni kira ekspres sedikit.    Nak tau siapa pengarah filem ini? Nama beliau Neill Blomkamp. Sebelum ni beliau cuma pengarah biasa-biasa saja di Afrika Selatan. Filem yang menjulang nama beliau ke persada antarabangsa adalah 'District 9' . Lahir di Afrika Selatan dan berhijrah ke Kanada sebagai batu loncatan dalam kerjaya beliau sebelum ini iaitu animator 3D. Tak sangka last-last jadi pengarah filem. "Masuk kiri, pastu terus, bilik air sebelah kanan. Ambik nombor 3 dari kiri sebab yang itu je paling bersih." Kata Blomkamp pada Damon.    Sinopsis cerita macam ni (Maaf ye, banyak gila spoiler ni!) , Max Da Costa (Matt Damon) yatim