Movie Review: Sejoli (yang bukan joli katak)
Salam sejahtera semua pembaca. Setelah dekat 2 bulan tak tengok wayang, akhirnya aku berjaya melampiaskan keinginan itu pada Ahad lepas (23/02/2014) di MBO, KL Festival City, Setapak. Aku ajak puan isteri beserta adik-adik beliau sekali iaitu Kak Ude dan Kak Chik ikut (sebab aku sorang je pun jadik kalau pegi tengok wayang). Sebenarnya hari Ahad itu juga adalah ulangtahun hari lahir puan isteri. Ok, ok, ok... Aku memang kurang terer ambil hati wanita namun aku rasa sebuah filem 'Rom-Com' (romantic-comedy) kira sesuailah untuk mencolek hati beliau (barang secebis pun). Pada perancangan asal nak tengok Kami Histeria tapi tak ade la pulak kat KL Festival ni. Last-last semua bersetuju untuk tengok Sejoli ni sebab Kak Ude suka tgk Izara Aishah. Aku bila tengok Kami Histeria takde untuk tayangan, Sejoli ni jadi 1st choice aku dan thanks to Kak Ude punya support, aku terus beratur beli tiket (sebab aku yang payung~). Pengarah filem ni adalah Osman Ali. T...