Movie Review: Sejoli (yang bukan joli katak)




   Salam sejahtera semua pembaca. Setelah dekat 2 bulan tak tengok wayang, akhirnya aku berjaya melampiaskan keinginan itu pada Ahad lepas (23/02/2014) di MBO, KL Festival City, Setapak. Aku ajak puan isteri beserta adik-adik beliau sekali iaitu Kak Ude dan Kak Chik ikut (sebab aku sorang je pun jadik kalau pegi tengok wayang). Sebenarnya hari Ahad itu juga adalah ulangtahun hari lahir puan isteri. Ok, ok, ok... Aku memang kurang terer ambil hati wanita namun aku rasa sebuah filem 'Rom-Com' (romantic-comedy) kira sesuailah untuk mencolek hati beliau (barang secebis pun). Pada perancangan asal nak tengok Kami Histeria tapi tak ade la pulak kat KL Festival ni. Last-last semua bersetuju untuk tengok Sejoli ni sebab Kak Ude suka tgk Izara Aishah. Aku bila tengok Kami Histeria takde untuk tayangan, Sejoli ni jadi 1st choice aku dan thanks to Kak Ude punya support, aku terus beratur beli tiket (sebab aku yang payung~).


   Pengarah filem ni adalah Osman Ali. Tak hairan la hampir kesemua filem arahan beliau ada Maya Karin, Remy Ishak dan Bront Palarae... Heroin dan hero faveret diaa~ sebagai contoh: Anak Halal, Cun, Ombak Rindu dan Jiwa Taiko. Aku start suka Encik Osman ni bermula dari telemovie Tollgate Girl lakonan Amy Mastura, Rashid Salleh dan Rita Rudaini. Aku tak suka Jiwa Taiko, dan Ombak Rindu pula mediocre (banyak beno nangesnya).

"Muka hensem, tapi busuk hati" tapi aku lagi suka muka huduh tapi hati kerin'~

"You don't saaay~?" Muka macam Nicolas Cage yang selalu kita tengok dalam trolling meme kat 9gag tu kan?

   Atas ni adalah tunjang utama filem. Bront Palarae sebagai Joe, dan Maya Karin sebagai Gina. Ada diselitkan beberapa dialog yang mem'parodi'kan Ombak Rindu. Aku rasa Cristina Suzanne (dari filem KIL) ada buat cameo masa kat Phuket tu tapi aku tak pasti sebab aku tak sempat nak lepak tengok kredit-kredit akhir filem sebab tak tahan nak kencing. So berbalik pada sinopsis tadi, kedua-dua 'sengal' ni kena tinggal dengan pasangan masing-masing. Konon-konon pergi ke Phuket untuk menenangkan jiwa yang lara tapi takdir menemukan mereka di mana sebenarnya bekas pasangan Gina, Hardy (Remy Ishak) nak berkahwin dengan bekas kekasih Joe, Nita (Izara Aishah).

"Lazatnya tendanganmu itu Mayaaa... Patah rusuk pun aku sanggup..." mungkin itu yang bermain di fikiran Bront Palarae.
   Dek kerana ketidakstabilan emosi masing-masing yang tak boleh menerima kebenaran perpisahan mereka, maka bermulalah 'misi mencantas cinta' ex-couple masing-masing. Maya Karin dengan semangatnya berkata, "KITA SABO (sabotaj) JE DIORANG!!"

Ini bukan 'pinky promise' tapi gusti lawan jari kelinking sape lagi power~
   Macam-macam cara dirancang oleh Joe dan Gina. Adengan-adengan ni lah yang akan menghiburkan penonton. Supporting cast seperti Azad Jasmin sebagai Tompi yang paling banyak menghidupkan aura lawak filem ni. Kalau dia takde, filem ni masam. Banyak dialog-dialog 'cheesy' milik Tompi ni yang sangat kelakar sehingga semua tertunggu-tunggu kemunculan babak yang membabitkan beliau. Dira Abu Zahar sebagai Lola agak kurang menyerlah tapi babak yang Gina memperkenalkan beliau kepada team carwash milik Joe memang tak boleh blah.

"Hang tengok Maya, mamat ni kalau ada janggut, muka dia dengan Ustaz Azhar Idrus kita tak boleh beza tau!"
   Sejujurnya, expectation aku pada filem ni mencapai tahap filem Cun, dan bersyukur kerana ianya sampai juga ke situ (yakni menghiburkan aku). Aku tak nangis masa ending filem ni tapi dalam kami berempat tempohari ada gak yang gagal mengawal emosi... hehehe... Puan Isteri pun tak meleleh so siapa ek?


"Sejoli tak?"

   Jadi, berjayakah misi mencantas cinta itu? Masing-masing dapat balik tak couple diorang? Apa-apa pun, jodoh dan pertemuan tu kan di atas ketentuan tuhan... kan? Tengokla filem ni. Tak rugi wooo~

p/s Jangan kita berjoli katak,
      Kelak kita akan rugi,
      Arwah M. Rajoli kuingat dan sebak,
      Kusedekah Al-Fatihah pada yang dah pergi.

Sekian.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Zombi Kilang Biskut: Pencemaran Biskut Berjangkit

Rogue One: A Star Wars Story (Predictable Ending, Unknown Struggle)