Posts

Showing posts from July, 2013

Travel Review: Krabi, Thailand [2] (Penunggang & Perenang Kental)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera...    Sebagai permulaan, saya dengan sukacitanya ingin menyambung semula paparan percutian berjemaah kami di Krabi, Thailand. Di posting yang sebelumnya itu, baru sahaja 'bagi perangat' bak kata umum di sebelah utara. Jadiii... setelah menukar persalinan (tukar seluar dengan topi je puun~), semua berkumpul menyemakkan lobby untuk ke acara yang seterusnya iaitu: Menunggang gajah. Mandi di Emerald pool (terdapat nama versi lain dipanggil Crystal Pond tapi sama je...). Melawat Hot Spring Waterfall ( juga ada nama lain digelar Hot Stream Waterfall). Gambar beramai-ramai adalah wajib (kelihatan penulis merancang sesuatu yang licik bersama Zul di belakang pengetahuan isteri masing-masing... BUKAN SKANDAL SESAMA JENIS YA!! Haraaam... Penulis sangat suka menayangkan lobang hidungnya yang bessaaarr itu (kelihatan Ieda berada di tempat yang salah untuk menahan tuk-tuk ke pantai).    Perjalanan kali ini kami dibeka

Movie Review: The Lone Ranger (Renjer Sepi)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera...     Sebagai permulaan, saya ingin membuat perkongsian berkenaan pendapat saya selepas menonton filem ini. Pada mulanya saya berhajat untuk menonton filem Tamil yang hebat iaitu Singham 2 lakonan mantap dari Surya (aku dah tengok part 1 filem ni tahun 2011 semasa masih bekerja di Cherating, Pahang atas rekomendasi boss aku yang berbangsa India, Mr. Sivaram) yang mana terpaksa dibatalkan kerana berdurasi 2 jam 50 minit (dekat 3 jam tuuu!!!). Sebab ada Johnny Depp, saya bajet filem ini pasti gah. Jadi terjebaklah saya dan isteri ke One Cinema, Spectrum Mall, Bandar Baru Ampang menonton filem ini yang berdurasi 2 jam 30 minit (lebih kurang je pun dengan Singham tu tadiii~). SINOPSIS    Tonto (Johnny Depp), seorang pribumi puak Comanche  yang telah berusia, menjadi pekerja pesta ria di bahagian Pameran ' The Wild West' di San Francisco didatangi seorang budak lelaki lengkap berkostum koboi bernama Will (Mason Elst

Travel Review: Krabi, Thailand (Pelancong Kental)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera...    Sebagai permulaan,  orang rumah ada bertitah yang saya pun sepatutnya memberikan sedikit sebanyak ulasan tulus ikhlas saya berkenaan percutian berjemaah kami berkesebelasan orang (wah! kalau nak main bola sepak dah boleh ON nih!). Maka patik pun menjunjung titahlah wahai tuanku permaisuriiii~ and you know what? IT WAS OH-SEEEEEMM!!!    Flight bertolak pukul 7am, 22 hb Jun 2013 Sabtu. Isteri saya sudah teruja 2 hari sebelum tu. Saya pun teruja juga tapi cover line. Biasalah seandai orang lelaki itu lebih tenang bersiap siaga di hujung-hujung minit kerana bagpack Deuter Vietnam saya itu selesai dikemas sejam sebelum berkumpul di rendezvous point (sebut ron-dey-vu poin ye pembaca-pembaca sekelian~ aku memang suka sangat bagi kerja rumah kat mereka-mereka yang tak paham ni untuk ke google translate ~ hehehe...) yang mana lokasinya di rumah Puan Yaya dan suaminya Encik Syafiq.    Mula-mula kami kenalah naik teksi ke