Review Zombi Kilang Biskut: Pencemaran Biskut Berjangkit
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya... Ape kabor? Moga sihatla hendaknya ya? Ate Makin rajin teman rebiu felem-felem tempatan sekarang kan? Kali ni teman nok becerita pasal felem francais hasil tangan Mamat Khalid yang tebaru ni ha. Teman pegi nengok felem ni dengan orang rumah teman dekat TGV Wangsa Walk hari Khamis malam 20 haribulan 3 haritu. Gigihle teman balik koje, kendian mandi kat opis bini teman kat Ampang nun sebab air kat rumah teman kena catu masa tu. Udoh siap mandi, teman pun merempit balik rumah jemput orang rumah teman. Seperti yang kome tau, pengarah felem ni adalah tak lain tak bukan, Encik Mamat Khalid. Teman mula kenal Mamat ni masa felem Lang Buana lakonan ahli-ahli Senario dulu. Kalau kome nak tau, Mamat ni adik kepada Dato' Lat kartunis tu. Oleh kerana Mamat ni lahir di Perak, maka sebab itu le suka bebeno dia 'suting' (shooting) kat situ. Felem dia yang baru, Apokalips udoh keluo pulak. Tapi tu tem...