Review Zombi Kilang Biskut: Pencemaran Biskut Berjangkit

















   Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya... Ape kabor? Moga sihatla hendaknya ya? Ate Makin rajin teman rebiu felem-felem tempatan sekarang kan? Kali ni teman nok becerita pasal felem francais hasil tangan Mamat Khalid yang tebaru ni ha. Teman pegi nengok felem ni dengan orang rumah teman dekat TGV Wangsa Walk hari Khamis malam 20 haribulan 3 haritu. Gigihle teman balik koje, kendian mandi kat opis bini teman kat Ampang nun sebab air kat rumah teman kena catu masa tu. Udoh siap mandi, teman pun merempit balik rumah jemput orang rumah teman.

  Seperti yang kome tau, pengarah felem ni adalah tak lain tak bukan, Encik Mamat Khalid. Teman mula kenal Mamat ni masa felem Lang Buana lakonan ahli-ahli Senario dulu. Kalau kome nak tau, Mamat ni adik kepada Dato' Lat kartunis tu. Oleh kerana Mamat ni lahir di Perak, maka sebab itu le suka bebeno dia 'suting' (shooting) kat situ. Felem dia yang baru, Apokalips udoh keluo pulak. Tapi tu teman udoh pun pegi nengok. Manjang je gaduh ceghitenye~ Felem ni 'suting'nya di Flat Pekeliling dekat dengan Bulatan Pahang nun. dalam Kolumpo jeee~

Tengok talibesen sambil berdiri lagi best!
   Balik le kita semula pada cerita zomba ni. Sebermula kisah dengan kepulangan Si Usin (Awie) dari Kolumpo (KL) bersama kereta barunya sebuah Volkswagen Beetle teruuus menuju ke rumah si Usop Wilcha (Syed Mohamad Asri @ Shy8). Di situ Din Mamu (Mohamad Shukri Mohamed Sahar @ Syuk SYJ, Pian (Ilya Buang) dan Wahab B (Hanya dikenali sebagai Wani) ada di laman rumahnya Si Usop ni. Maka Din Mamu mengkabokan pada Usin supaya datang interbiu di Kilang Biskut ZKB Sdn. Bhd. di mana Din Mamu ni salah sorang dari staf sumber manusia.

Usin terperanjat nengok jenazah yang dikokak dek zombi.
   Maka Usin pegilah interbiu~ Dapat la dia keje jadi mentenen (maintenance) geng dengan Si Wahab B tu~ Senangkan Usin dapat koje? Sebab HR (Hiumen Risos) punye pengurus tu Sofea (Dayana Roza), cucu atuk sedara dia (kot?). Lepaih tu bermulalah kejadian-kejadian misteri berlaku di Kampung Pisang dan di kilang tempat Si Usin ni koje.

Di kilang ZKB, semua pekerja senior adalah zombi.
   Rope-ropenye M. A. Sofi (Soffi Jikan) yang dulu hilang lepas kes zomba dalam Zombi Kampung Pisang (Part 1 francais) dulu udoh bekeroje di kilang biskut tu! Udah jadi doktor dalam jabatan RND (alaaa... Risesh en Developmen tuuu~).

Mesin penguli tepung juga merupakan radas yang diperlukan oleh Dr Sofi untuk menghasilkan ramuan zombi.
   Usin pun syak wasangkalah yang Doktor Sofi ada kaitan dengan kejadian-kejadian misteri di sekitar kilang dan kampung dan cobe menyiasat... Pada masa yang sama, muncul hantu bernama Kamariah (Eina Azman) mengganas keliling kampung sambil mencarik lelaki bernama Usop.

Cik Kamariah ini bukanlah seorang zombi. Beliau seorang hantu. Mungkin itu yang berlegar di fikiran ibu Afiq Muiz dulu~
   Dapatke Usin dan kengkawannya merungkai misteri zomba dan kehadiran Kamariah di Kampung Pisang ni? Haaaa... Kena la deme semua pakat rame-rame beduyun ke pawagam nontonnye~ Tebahak-bahak teman ketawa. Lagi-lagi dengan orang sebelah teman tu mengekek tak habeh-habeh. Udohnye sebab utama teman gelak melebih-lebih dek kelakor dengar orang sebelah teman tu gelak. Hahahahaha...

Ada wanita kena 'sandwich' dalam gambo ni.
Kehadiran Abu Mamu (Abu Musarrif) di atas Volkswagen Beetle yg direka sebagai parodi kepada filem Australia (1974) The Car That Ate Paris, walau 'screentime' beliau tak banyak, tetap memukau prestasi lakonannya.
Kanak-kanak yang menjadi zombi adalah hasil didikan kerajaan. (mungkin itulah maksud mendalam abang Mamat agaknya).

   Tengok la filem ni. Best. Alaaaa... Astro First kan ada sekarang~ (spoiler... Ada sambungan~)

Comments

  1. Jangan lepas ni kluar cite Zombi kilang Cadbury sudah... haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Movie Review: Sejoli (yang bukan joli katak)

Rogue One: A Star Wars Story (Predictable Ending, Unknown Struggle)