Rogue One: A Star Wars Story (Predictable Ending, Unknown Struggle)

"Don't shoot me o' loyal stormtrooper..."
















Almost 2 years this blog was abandon, left alone and suddenly I feel the urge to make this review. And here I am, as one of Star Wars fan, watching this movie and rekindle my childhood obsession.

I already knew this movie is a story about how Episode IV: A New Hope was born. We fans know the outcome of this movie but what we want to know are the struggle, the pain these characters endure, how previous characters from Episode III: Revenge of The Sith intertwine together as the story progressed. I let my curiosity lead me throughout the movie and how awesome that turned out to be. I went home smiling despite the sad ending for Team Rogue One (ooopps... spoiler~)

Dekat 2 tahun blog ni terpinggir, kesepian, lalu sekonyong-konyong aku rasa terpanggil untuk membuat ulasan pasal filem ni. Dan hadirlah aku di sini, sebagai salah seorang dari peminat tegar Star Wars, pergi menonton filem ini demi menyalakan semula obsesi zaman kanak-kanakku.
 

Aku dah tahu filem ini pasal bagaimana Episode IV: A New Hope tercetus. Kita sebagai peminat juga mengetahui pasal penghujung filem ini tetapi apa yang kita nak tahu adalah pasal perjuangan mereka, keperitan yang watak-watak ni lalui, bagaimana watak-watak dari Episode III: Revenge of The Sith bersangkut-paut bersama-sama dalam kisah ini. Aku biarkan perasaan ingin tahu aku mengemudi sepanjang perjalanan filem dan ternyata sempoi bak hang. Aku balik ke rumah tersengih walaupun penamatnya menyedihkan bagi pasukan Rogue One (ooopps ... spoiler ~)

"If you turn your head to your right, you could see the Death Star in 3D"
The director of the film is Mr Gareth Edwards. This is his third film directorial job and he did a decent job I might say. He used to direct Godzilla reboot on 2014 (Thank god this movie got straight forward plot).

Pengarah filem ni adalah Mr Gareth Edwards. Ini adalah filem ketiga dia sebagai pengarah, dan nampaknya melakukan kerja beliau dengan baik. Dia pernah mengarahkan reboot Godzilla pada tahun 2014 (Syukur pada tuhan yang filem ini plotnya tegak tak macam Godzilla tu. Flashback serabut).

Now let me introduce you to the main cast:
Mari kita perkenalkan bintang-bintang utama filem ni:

Felicity Jones as Jyn Erso - Leader of the infamous Rogue One and daughter of Galen Erso (Architect of the Death Star). She got a rough childhood after her father taken away by Krennic and her mother murdered in front of her eyes.
Felicity Jones sebagai Jyn Erso - Pemimpin Rogue One dan anak perempuan kepada Galen Erso (Arkitek Death Star). Kehidupannya penuh dengan ranjau selepas ayahnya diambil oleh Krennic dan ibunya dibunuh di hadapan matanya oleh orang yang sama.













Diego Luna as Capt. Cassian Andor - Rebellion Intelligence (a spy to be exact) cum Jyn Erso's lover.
Diego Luna sebagai Kapten Cassian Andor -. Rebellion Intelligence (perisik secara harfiahnya) merangkap kekasih kepada Jyn Erso.













Alan Tudyk as droid K2SO - Galactic Emperial KX security droid reprogrammed by Capt. Cassian Andor and the side effect of the programming gave this droid unique moody sarcastic personality (I like this character a lot as this reminds me of Marvin the paranoid robot of The Hitchhiker's Guide to the Galaxy). Alan is perfect for this character as he used to be NS5 droid Sonny in I-Robot before.
Alan Tudyk sebagai droid K2SO  -. Galactic Emperial KX droid keselamatan  yang diprogramkan semula oleh Kapten Cassian Andor dan kesan sampingan dari pengaturcaraan tu memberikan personaliti sarkastik yang moodnya tak menentu memberikan keunikan pada droid ni (aku suka dia ni sebab watak ni mengingatkan aku kepada Marvin si robot paranoid dalam filem The Hitchhiker's Guide to Galaxy). Alan memang sesuai sangat untuk watak ini sebab beliau pernah menjadi NS5 droid bernama Sonny dalam I-Robot sebelum ini.













Riz Ahmed as Bodhi Rook - A defected Emperial cargo pilot sent by Galen Erso to look for freelance rebel Saw Gererra. He carries Galen's messages which is crucial to the Rebellion.
Riz Ahmed sebagai Bodhi Rook - Juruterbang kargo Imperial yang telah berpaling tadah. Beliau dihantar oleh Galen Erso untuk mencari pemberontak bebas (mantan ahli Rebellion) Saw Gerrera. Beliau membawa mesej dari Galen yang sangat penting kepada perjuangan Rebellion.

Adult Gererra and older Gererra













Forest Whitaker as Saw Gererra - Ex-Rebellion now become freelance guerilla army against the Emperial. A good friend of Galen Erso and guardian of Jyn Erso during her childhood.
Forest Whitaker sebagai Saw Gerrera - Bekas Rebellion yang kini menjadi tentera gerila bebas yang menggempur tentera Imperial. Kawan baik Galen Erso dan juga merupakan penjaga Jyn Erso semasa zaman beliau kecil.

"It's raining stormtrooper here~"












Mad Mikkelsen as Galen Erso - Father of Jyn Erso (a loving one as he was ready to sacrifice his life from being force back to build the Death Star by Director Krennic)
Mad Mikkelsen sebagai Galen Erso - Bapa kepada Jyn Erso (seorang yang amat penyayang sebenarnya  kerana beliau bersedia untuk mengorbankan nyawanya demi daripada menjadi tali barut Emperial untuk membina Death Star atas arahan Director Orson Krennic).

"I know kungfu! Blaster have no effect on me!"












Donnie Yen as Chirrut Imwe - Former guardian of the Jedha Temple. Become the rebellion army after sharing a spaceship with Captain Cassian while fleeing Jedha Moon from dectruction of Death Star.
Donnie Yen sebagai Chirrut Imwe - Bekas penjaga Kuil Jedha. Menjadi tentera Rebellion semasa berkongsi kapal angkasa dengan Kapten Cassian ketika melarikan diri dari Jedha Moon yang pada masa itu dimusnahkan oleh Death Star.













Jiang Wen as Baze Malbus - Former guardian of the Jedha Temple. Become the rebellion army after sharing a spaceship with Captain Cassian while fleeing Jedha Moon from dectruction of Death Star. Close friend of Chirrut Imwe (usually he keep his best friend out of harm's way).
Jiang Wen sebagai Baze Malbus - Bekas penjaga Kuil Jedha. Menjadi tentera Rebellion semasa berkongsi kapal angkasa dengan Kapten Cassian ketika melarikan diri Jedha Moon yang pada masa itu dimusnahkan oleh Death Star. Sahabat karib Chirrut Imwe (biasanya beliau yang sentiasa menjaga sahabatnya Chirrut dari marabahaya).
















Ben Mendehlson as Director Orson Krennic - He is the director of the Advance Weapon Research Division for the Galactic Imperial Military. The person who forced Galen Erso to return building Death Star. The person who killed Jyn Erso mother in front of Galen Erso. Basically he is the villain in this movie. 
Ben Mendehlson sebagai Pengarah Orson Krennic - Beliau adalah Pengarah Bahagian Penyelidikan Senjata Maju untuk Tentera Galactic Imperial . Orang yang memaksa Galen Erso untuk kembali membina Death Star. Orang yang membunuh ibu Jyn Erso di hadapan Galen Erso sendiri. Jadi pada dasarnya beliau adalah penjahat dalam filem ni.


What amazed me, the technology to bring dead people come back and act for this movie! (I knew Disney did it with Tron Legacy to Jeff Bridges who stays young) Peter Cushing has been gone since 1994 but he manage to act in this movie as legendary Grand Moff Tarkin! See picture below:
Apa yang buat aku kagum, adalah teknologi untuk membawa orang mati kembali dan berlakon untuk filem ini! (Aku tau pasal Disney pernah buat dengan filem Tron Legacy yang mana Jeff Bridges kekal muda) Peter Cushing telah mati pada tahun 1994 tetapi dia boleh pulak berlakon dalam filem ini melakonkan kembali watak asal beliau iaitu lagenda Grand Moff Tarkin! Lihat gambar di bawah ni:
Rogue One scene

New Hope scene


"I am not the CGI!"
Even Princess Leia make a cameo at the end of the ending scene! (to make the continuity believable)
Princess Leia pun muncul sebagai di pengakhiran filem ni! (nak bagi kesinambungan yang meyakinkan la sebeno-beno-nya)











Same goes to her adoptive father  Senator Bail Organa which he also present at the rebel HQ.
Begitu juga dengan bapa angkatnya Senator Bail Organa yang dia turut hadir di ibu pejabat Rebellion.






Mon Mothma is the Rebellion leader! Same character but different actress. The resemblance is uncannily similar between Genevieve O'Reily (left) and Caroline Blakiston (right)
Mon Mothma adalah pemimpin Rebellion! Watak yang sama tetapi pelakon yang berbeza. Persamaan tersebut hampir tiada beza langsung antara Genevieve O'Reily (kiri) dan Caroline Blakiston (kanan) cuma muda dgn tua je.

In the end, by the time this movie is over, the debate on how stupid the architech of the Death Star by building a weapon station that easily vulnerable to one single attack... is answered. Galen Erso is a Rebellion symphatiser. His love for his daughter made him secretly plot for the Death Star weakness and ironically made available by his daughter Jyn hence subsequently leading to Luke Skywalker triumph in A New Hope. There. I said it. The reason of my satisfaction from the objective of this movie. I salute you Mr Gareth Edwards. You truly are genuine Star Wars fan at heart.

Akhirnya, Sebaik saja filem ini berakhir, perdebatan mengenai betapa bodohnya arkitek Death Star yang dengan sengajanya membina stesen senjata yang sangat mudah terdedah kepada satu serangan tunggal... akhirnya terjawab. Galen Erso adalah penyokong Rebellion. Kasih kepada anaknya membuat dia dalam diam-diam merancang untuk meletakkan kelemahan pada Death Star dan ironinya anak perempuannya Jyn itu yang menjayakan rancangan bapanya yang kemudiannya membawa kepada kejayaan Luke Skywalker dalam A New Hope. Dah! Aku dah cakap kat sini. Alasan ke atas kepuasan aku datang dari objektif filem ini. Aku tabik padamu Mr Gareth Edwards. Anda adalah sebenar-benar peminat tulen Star Wars.

Comments

Popular posts from this blog

Review Zombi Kilang Biskut: Pencemaran Biskut Berjangkit

Movie Review: Sejoli (yang bukan joli katak)