Travel Review: Krabi, Thailand [2] (Penunggang & Perenang Kental)
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sebagai permulaan, saya dengan sukacitanya ingin menyambung semula paparan percutian berjemaah kami di Krabi, Thailand. Di posting yang sebelumnya itu, baru sahaja 'bagi perangat' bak kata umum di sebelah utara. Jadiii... setelah menukar persalinan (tukar seluar dengan topi je puun~), semua berkumpul menyemakkan lobby untuk ke acara yang seterusnya iaitu: Menunggang gajah. Mandi di Emerald pool (terdapat nama versi lain dipanggil Crystal Pond tapi sama je...). Melawat Hot Spring Waterfall ( juga ada nama lain digelar Hot Stream Waterfall). Gambar beramai-ramai adalah wajib (kelihatan penulis merancang sesuatu yang licik bersama Zul di belakang pengetahuan isteri masing-masing... BUKAN SKANDAL SESAMA JENIS YA!! Haraaam... Penulis sangat suka menayangkan lobang hidungnya yang bessaaarr itu (kelihatan Ieda berada di tempat yang salah untuk menahan tuk-tuk ke pantai). Perjalanan kali ini ...