'Mukadimah' or your so called 'prakata'

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

   Sebagai permulaan kepada bermulanya kerja gila saya yang kononnya terpengaruh dengan kejayaan dan ketaksuban isteri saya sebagai seorang blogger tegar (boleh usya blog beliau di sini), saya mengalu-alukan kehadiran anda melawat blog picisan milik saya yang tak seberapa ini.

   Sebagai pengenalan, antara paparan yang bakal di ketengahkan di dalam blog ini (namun masih secara kasar kerana idea melambak, takut tak terkejar nak update nanti) ialah:
  • Film review (International and local)
  • Manga / Anime (menganggap diri ini bukan otaku tegar)
  • Komik (International and local)
  • Travel (most probably isi kandungan nanti copy paste blog bini je karang. Nak melancong pun ada seninya tau!) 
  • My own comic strip (yang ini mungkin jadi atau tidak, Wallahu'alam... sampai sekarang pun aku sendiri tak nampak hasilnya lagi)
  • The art of good food and good eat (almaklumlah yang saya ni mantan pekerja penyediaan makanan di bidang perhotelan dulu muda-muda)
   Tunggu sahaja di posting yang akan datang sama ada blog ini akan menggegar alam siber tempatan atau tidak. Saya sudahi dengan serangkap pantun 4 kerat:

Bertatih merangkak mencari arah,
   mencari kemahsyuran terburu-buru,
Tak tahu adat janganlah dimarah,
   hamba sang anak teramatlah baru.

   Sekian... (buat kali ini)


Comments

  1. syg jadi pengkomen yang pertama. welcome to the blogger club hoho...

    ReplyDelete
  2. Welcomee to world of blogger...kihkihkih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Zombi Kilang Biskut: Pencemaran Biskut Berjangkit

Movie Review: Sejoli (yang bukan joli katak)

Rogue One: A Star Wars Story (Predictable Ending, Unknown Struggle)