Movie Review: The Lone Ranger (Renjer Sepi)






















Assalamualaikum dan salam sejahtera...


    Sebagai permulaan, saya ingin membuat perkongsian berkenaan pendapat saya selepas menonton filem ini. Pada mulanya saya berhajat untuk menonton filem Tamil yang hebat iaitu Singham 2 lakonan mantap dari Surya (aku dah tengok part 1 filem ni tahun 2011 semasa masih bekerja di Cherating, Pahang atas rekomendasi boss aku yang berbangsa India, Mr. Sivaram) yang mana terpaksa dibatalkan kerana berdurasi 2 jam 50 minit (dekat 3 jam tuuu!!!). Sebab ada Johnny Depp, saya bajet filem ini pasti gah. Jadi terjebaklah saya dan isteri ke One Cinema, Spectrum Mall, Bandar Baru Ampang menonton filem ini yang berdurasi 2 jam 30 minit (lebih kurang je pun dengan Singham tu tadiii~).

SINOPSIS

   Tonto (Johnny Depp), seorang pribumi puak Comanche  yang telah berusia, menjadi pekerja pesta ria di bahagian Pameran ' The Wild West' di San Francisco didatangi seorang budak lelaki lengkap berkostum koboi bernama Will (Mason Elston Cook) yang menyangkakan yang Tonto itu adalah patung seorang 'red indian'. Terperanjat dipanggil 'Kemosabe' (bermaksud adik beradik yang salah atau tak sepatutnya) oleh Tonto, Will mula menyoal Tonto siapa Kemosabe yang dimaksudkan dan sejarah Lone Ranger pun disingkap satu persatu...

"Are you a pirate sir?" Will mengesyaki yang patung bergerak tadi adalah lanun Caribbean.

"No, Kemosabe... I'm a nutty Red Indian now, wearing make-up and shit... again." Tonto benci dikaitkan dengan Jack Sparrow... (Tonto = Tolong Orang Nak Tipu Orang)

   Ia mengisahkan bagaimana seorang peguam yang bakal menjadi pendakwaraya John Reid (Armie Hammer) berubah menjadi seorang pejuang keadilan bertopeng digelar Lone Ranger (dipanggil Kemosabe oleh Tonto), dibantu oleh Tonto walaupun kerap berselisih pendapat melawan seorang penjenayah kanibal yang kejam bernama Butch Cavendish (dilakonkan oleh William Fitchner yang juga dipanggil wendigo oleh Tonto dalam filem ini) selepas abang kepada John, Dan Reid (James Badge Dale) seorang Texas Rangers dan 6 orang timbalannya dibunuh dengan tanpa perikemanusiaan. Dapatkah The Lone Ranger ini menegakkan keadilan terhadap Cavendish, menyelamatkan balu kepada abangnya Rebecca (sebenarnya bekas kekasih John sebelum beliau masuk ke institusi guaman) atau membongkar konspirasi besar melibatkan kematian abangnya dan objektif sebenar Tonto?

"What?! You were invited to this kenduri too John?" Tonto baru terfikir untuk tidak berkongsi dengan sesiapa pun Nasi Ambeng yang bakal dihidangkan nanti...

"Are you pretending to be stupid Spirit Horse?" tanya Tonto kepada kuda spiritual di hadapan beliau tetapi disampuk oleh John Reid dari jauh, "That horse did make you look stupid instead by making you believe that you can communicate with it"

" Got itchy nose already Tonto? Ask that bird on your head to scratch it for ya then..." sindir Lone Ranger kepada Tonto yang kuat mengadu itu.


ULASAN

   Sebuah filem Disney, dari pengarah The Pirates of Caribbean dan Rango, Gore Verbinski, juga diterbit oleh penerbit filem aksi tersohor Jerry Bruckheimer, mencadangkan kepada khalayak yang filem ini gerenti gempak. Well... it does... cuma seakan kurang tendangan sedikit. Rata berpendapat yang pemilihan Armie Hammer tidak sesuai sebagai Lone Ranger kerana ditenggelami dengan kehadiran Johnny Depp sebagai Tonto walaupun mereka berdua mendapat 'screentime' yang sama rata. Saya merasakan yang watak Lone Ranger ini sepatutnya diberi kepada seorang pelakon 'A List' supaya natijah kepuasan itu di tahap yang optimum namun saya faham mengapa ini terjadi kerana Johnny Depp juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dalam filem ini yang mana tumpuan penonton memang sepatutnya dihalakan kepada beliau.

"I think we might be qualified for a Group Equestrian Tournament in the future guys..." kata ketua penjahat Butch Cavendish kepada konco-konconya.

"If you think putting a cut noose around your neck is a fashion statement, it's either genius or just plain stupid hombre..." kata Cavendish yang mual dengan gaya konconya di belakang beliau itu.
   So back to Armie Hammer, watak kembar Winklevoss dalam The Social Network yang mendakwa idea Facebook itu milik mereka, memberikan tanggapan yang beliau memang ada potensi untuk pergi jauh. Tidak dinafikan yang lakonan beliau tiada cela dalam filem ini cuma denai kerjayanya seakan masih banyak onak dan duri yang harus ditempuh namun untuk menyatakan yang beliau sudah bertapak di Hollywood itu memang sudah terbukti dengan filem-filem lain seperti J. Edgar arahan Clint Eastwood dan Mirror Mirror sebagai Prince Andrew dengan nama-nama besar seperti Julia Roberts, Nathan Lane dan Sean Bean.

"No! You morons! I'm not Mr. Steed from The Avengers... and Dr. Emma Peel is sipping her Earl Grey tea back in London you dimwits!" Latham Cole marah kerana penduduk pekan tersilap panggil nama beliau.

"Where's the damn train? If it's another that pinky Ladies Coach, I'm gonna burn it down! My wife gonna be pissed if I'm late again..." Dan Reid yang menunggu komuter risau Rebecca akan 'smack down' beliau di dapur nanti jika lambat balik kerja.
 
   Ada 2 antagonis yang menjadi penggerak 'twisted plot' (not so twisted lah sangat) filem ini iaitu Butch Cavendish lakonan William Fitchner (yang secara terang) dan seorang lagi Latham Cole lakonan Tom Wilkinson (maafkan saya pembaca kerana ini SPOILER!). William Fitchner memang sudah tidak asing lagi dalam membawa watak-watak gelap yang bergaya (macam dalam Drive Angry tu). Resume beliau panjang. Rajin membawa watak pembantu dalam movie-movie yang berskala besar (contohnya: Contact-1997, Armageddon-1998, The Perfect Storm-2000, Pearl Harbor dan Black Hawk Down-2001, dan banyak lagilah) tetapi saya amat menantikan beliau menjadi Shredder dalam filem Teenage Mutant Ninja Turtle akan datang. Tom Wilkinson pula memang seorang pelakon yang serius kerana kebanyakan lakonan beliau ada 'depth in character'. Lihat saja pembabitan beliau dalam filem-filem ini sebagai contoh Sense and Sensibility-1995, The Full Monty-1997, Shakespeare in Love-1998, Eternal Sunshine of The Spotless Mind-2004, Valkyrie-2008. Beliau ada juga berlakon dalam filem-filem arus perdana seperti Rush Hour, Batman Begins, Rock 'n Rolla, Green Hornet dan MI4-Ghost Protocol.

"It sure is hot and sunny in Colby, Texas. Thank god I got m'self a 'Fair n Lovely' with me~" Rebecca 'maintain' ayu di tengah pekan Colby.
   Watak-watak sokongan seperti 'love interest' protagonis Rebecca Reid lakonan Ruth Wilson adalah muka baru dalam industri ini. Muka cantik namun dalam filem ini menjadi seorang wanita yang terpaksa menjadi seorang 'realist' dengan mengorbankan cinta untuk masa depan, seorang ibu yang tegas, tahu mempertahankan maruah namun tersepit antara cinta sang suami dan adiknya (Lone Ranger tu laaa...) yang merupakan bekas kekasih silam. James Badge Dale sebagai Dan Reid, abang kepada John Reid dan suami Rebecca secara tak langsung merupakan 'catalyst' kepada perkembangan plot filem ini. Saya baaaaru sahaja lepas nampak beliau dalam World War Z tempohari, sudah muncul dengan filem baru. Baguslah dia ni.

"I'm so glad it's a shotgun and not a machinegun and placed at my heel instead of my tits..." kata Red Harrington lega yang gusar dikaitkan dengan Femme Bots dalam Austin Powers

"C'mon ladies! This ain't a black parade... I don't see My Chemical Romance anywhere~" Red Harrington dan anak-anak ayamnya berarak mencari pelanggan di tengah-tengah kawasan peperangan.

   Ada lagi watak-watak sokongan lain seperti Red Harrington lakonan Helena Bonham Carter merupakan ibu ayam yang ada gajet di kaki kanannya merupakan sebuah 'shotgun' diperbuat dari gading gajah. Dikatakan Red hilang kaki disebabkan oleh Butch Cavendish. Saya dah hilang kiraan entah berapa kali wanita ini berlakon dengan Johnny Depp tapi kalau tidak salah ada 6 filem semuanya. Serasi sangat agaknyaa...
   Captain Jay Fuller lakonan Barry Pepper (aku suka betul dia ni masa dalam Saving Private Ryan. Alaaa... yang jadi 'sniper' tuuu...) memberikan saya tanggapan yang beliau juga sanggup mengambil watak 'comic relief ' sebegini. Saya layankan sahaja.
   Ada 2 pelakon kanak-kanak yang ditonjolkan dalam filem ini iaitu Will (budak lelaki yang menyoal siasat Tonto yang sudah tua) lakonan Mason Elston Cook yang petah berbicara dan bijak mempersoalkan logik cerita Tonto. Mason mula saya nampak di Spy Kids 4: All The Time in The World kemudian dalam The Incredible Burt Wonderstone sebagai Burt Wonderstone semasa kecil. Cool kid! Kemudian Bryant Prince yang membawa watak anak kepada Rebecca dan Dan Reid, Danny Reid merupakan lakonan pertama beliau di filem bajet skala besar. He's good. Terdapat perkembangan watak yang bagus juga interaksi yang melucukan ketika babak bersama Johnny Depp.

"Rule #54 in war, soldiers, if you're out of ammo, pretend to be dead just like the men behind me. ARE YOU CLEAR?!!" Capt. Fuller memberi syarahan kepada askar-askarnya.

"What? This ain't an arcade? I wanna play Tekken~" Danny masuk ke pejabat Texas Ranger cuba mencari pasal.





   Rasa seperti teringin hendak menonton wayang lagi namun di bulan Ramadhan yang mulia adalah lebih afdhal memperbanyakkan amalan dan ibadat kerana mata dan telinga pun harus berpuasa juga. Selamat Berpuasa para pembaca semua!

HEI-YO SILVEERR!!!

   Macam biasalah, setiap posting akan disudahi dengan serangkap pantun buat pembaca-pembaca yang budiman.

   Dendam terbalas tiada ketenangan,
Gelaplah hati memakan jiwa,
   Bangkitlah semangat tegakkan keadilan,
Peluru penguasa penebus nyawa.


Sekian sahaja untuk kali ini (pantun bertema Lone Ranger kali ni untuk korang)...

Comments

  1. hahaha.. description macam hampeh.hahaha

    ReplyDelete
  2. I think Abam Depp memang suka amek Red Harrington tu. Sahaja aku menonton Lone Ranger kerana Abam Depp. Semata-mata. Ongoing crush for him. Some of the trick in this movie macam cedok dari POTC. Tapi ada Abam Depp so peduli apa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts