Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sebagai permulaan,
orang rumah ada bertitah yang saya pun sepatutnya memberikan sedikit sebanyak ulasan tulus ikhlas saya berkenaan percutian berjemaah kami berkesebelasan orang (wah! kalau nak main bola sepak dah boleh ON nih!). Maka patik pun menjunjung titahlah wahai tuanku permaisuriiii~ and you know what? IT WAS OH-SEEEEEMM!!!
Flight bertolak pukul 7am, 22 hb Jun 2013 Sabtu. Isteri saya sudah teruja 2 hari sebelum tu. Saya pun teruja juga tapi cover line. Biasalah seandai orang lelaki itu lebih tenang bersiap siaga di hujung-hujung minit kerana bagpack Deuter Vietnam saya itu selesai dikemas sejam sebelum berkumpul di
rendezvous point (sebut
ron-dey-vu poin ye pembaca-pembaca sekelian~ aku memang suka sangat bagi kerja rumah kat mereka-mereka yang tak paham ni untuk ke
google translate~ hehehe...) yang mana lokasinya di rumah
Puan Yaya dan suaminya Encik Syafiq.
Mula-mula kami kenalah naik teksi ke KL Sentral. Ada 3 teksi semuanya dan ahli-ahli rombongan yang lain adalah:
- Encik Syafiq (Syafiq) dan isteri beliau Puan Yaya beserta adik lelaki Puan Yaya yang baru sahaja menamatkan latihan PLKN beliau iaitu Mustakim.
- Encik Rahmat Andieko (Andi) dan isteri beliau Puan Ieda.
- Encik Zoulkefle (Zul) dan isteri beliau Puan Nory.
- Encik Hadi Kahar (Hadi) isteri beliau Puan Sheila.
Anda semua perasan bukan yang saya tidak menyentuh aspek-aspek perbelanjaan secara ekstensif kerana kronologi perbelanjaan keseluruhan percutian ini telah menjadi hak milik eksklusif isteri saya
di sini. Saya mungkin akan menyentuh serba sedikit sahaja apa yang saya sendiri belanjakan di sana nanti.
|
"Naik teksi sampai Siam boleh tak abang Jeff?" penulis cuba meracun drebar teksi beliau untuk buat kerja gila... |
|
Penulis masih memujuk abang drebar untuk terus memandu melepasi sempadan Siam bagi menjimatkan kos perjalanan kononnya... |
Sampai di KL Sentral, naik bas pula ke LCCT Sepang. Sesudah tiba kami bergerak ke balai berlepas antarabangsa dan menunggulah kami hingga sampainya waktu berlepas iaitu jam 7am nanti. Sementara itu saya mengambil kesempatan menukar wang RM 60 (tanpa pengetahuan isteri saya) di kaunter penggurup wang di balai menunggu dan dapatlah dalam 575 lebih Thai Baht.
|
Wajah-wajah teruja mereka yang akan 'nikek belon' (naik kapal terbang) |
|
|
|
|
Penulis terlelap mimpikan gadis-gadis separuh lelaki yang bakal ditemuinya di Krabi kelak... |
Sampai juga semboyan untuk menaiki pesawat Air Asia ke Krabi ni. Sebaik saja duduk di kerusi masing-masing, saya sudah tidak sabar untuk menikmati hidangan Spaghetti Bolognaise yang telah ditempah dan kelazatan hidangan dalam bekas aluminium foil itu memang berbaloi (aku memang tak ambik port dah taklimat keselamatan dari pramugari dan pramugara flight ni, yang penting makanan aku.) Selepas itu ada jualan cenderamata tetapi saya tidak membeli apa-apa (setiap kali aku naik Air Asia, key-chain 'Remove before flight' tu asyik-asyik abes stok... Menyampah!) kecuali sebotol oren Minute Maid Pulpy. Macam biasalah, masa berlepas dan mendarat, telinga kita akan berdesing dan kadar pendengaran kita akan pudar perlahan-lahan. Seni untuk menghindarkan 'symptom' ini adalah dengan kerap menguap mulut dan kerap menelan saliva kita.
Gambar yang pertama masa sebelum berlepas manakala gambar yang kedua pula setibanya kami di Lapangan Terbang Krabi (aku juga tidak menyangka yang aku terjebak dengan mulut muncung Ieda ketika bergambar itu~ Hahahaha!!!). Untuk peringatan semua pembaca, etika di semua pusat imigresen DI SELURUH DUNIA adalah menanggalkan topi dan cermin mata gelap anda dan juga dilarang sama sekali mengambil gambar di situ walaupun untuk kenang-kenangan.
|
Penulis di tengah-tengah terpinga-pinga mencari kelibat Saiya Sukaphorn (Kelihatan drebar dari pihak hotel yang berbaju pink di sebelah kiri sekali menganggap yang Ieda itu lelaki). |
|
2 buah van Toyota Commuter (transmisi manual) disediakan untuk mengangkut kami ke hotel walaupun kami 11 orang je. |
|
Nory dan isteri penulis tersengih kerana menganggap penulis sudah gila kerana mencadangkan agar drebar van terus memandu ke Bangkok tanpa henti. |
Dari airport hendak sampai ke Ao Nang itu hampir setengah jam juga perjalanannya. Mata saya melilau ke sekeliling cuba mengecam lokasi-lokasi pengambaran filem Bikers Kental (lakonan Zizan, Awie, Zul Ariffin dan Bront Palarae) yang mana ada beberapa tempat yang dapat saya kenalpasti.
|
Hotel tempat penulis dan kawan-kawan menginap. |
|
Penulis dan lain-lain gembira kerana selamat tiba ke destinasi untuk berjoli katak. |
|
"Kalau bilik tak siap lagi, boleh tido kat lobby tak?" tanya penulis kepada Hadi sementara Sheila dan Andi buat endah tak endah kerana tahu yang penulis kuat mengarut. |
Tengok gambar terakhir tu, mineral water itulah benda yang mula-mula sekali aku beli setelah menjejakkan kaki di Thailand ni. Hauuuss... Dari 5 bilik yang ditempah, hanya 3 bilik sahaja yang sudah sedia untuk check-in. Okeylah tu, sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk menukar persalinan kerana selepas ini ada 3 lagi aktiviti yang menunggu kami pada hari tersebut. Warm up katanyaaaa...
To be continued...
Sungguhlah indah negara orang,
Sayang tak sama di tanah leluhur,
Sungai Golok akan ku seberang,
Pasti Krabi juga ku susur.
Sekian sahaja untuk kali ini...
mmg cara laki menulis sangatlah berlainan dengan perempuan. tahap keterujaan mcdee mcm xada je.. hahaha..
ReplyDeletekami lelaki selalunya mengambil ringan banyak perkara2 remeh. tapi sebenarnya sangat teruja di dalam.
ReplyDeletewahhhh hebakkk ni...boleh digelar sebagai "Si Traveller Kental " ni..hehe
ReplyDeletemulut muncung macam idaaaaa kahkahkahkahhh
ReplyDeleteada saguhati tak utk follower ke 7..hehehe kenal dr blog isteri tercinta..mila milo..
ReplyDeletekorang mmg kuat jln..layak dpt title kental huhu..
untung la ada org promotekan hehehehe
ReplyDelete