Movie Review: World War Z
|
Sebagai permulaan secara seriusnya aktiviti blogging saya ini, ulasan pertama saya berkenaan filem World War Z lakonan Brad Pitt yang pada saya meyakinkan (namun gaya beliau untuk kelihatan 'natural' sangat 'cliche') tapi itu bukanlah satu masalah pada saya kerana apa yang penting, kerjasama! plot dan jalan cerita naskhah arahan Marc Forster ini.
Marc Forster semasa di set penggambaran |
Berbalik pada kupasan filem ini, pada permulaannya sahaja sudah kita sudah tertanya-tanya bagaimana bermulanya epidemik serangan zombi (Obviously abjad Z yang besar tu stands for zombie) ni dan ianya diterangkan dengan beberapa keratan klip-klip berita dan dokumentari (konon laa...). Penonton dikenalkan dengan protagonis Gerry Lane bersama keluarganya dalam babak sarapan pagi yang tipikal. Kemudian sewaktu dalam perjalanan di Philadelphia, berlaku huru-hara di mana Gerry seakan sudah mengagak kehadiran epidemik ini cuma yang di luar jangkaan beliau ianya berlaku terlalu pantas.
"Pancake or lempeng everyone?" |
Kemudian Gerry dapat panggilan dari sahabat lamanya, Thierry, Timbalan Ketua Setiausaha PBB memintanya kembali bertugas membantu seorang doktor muda, Andrew Fassbach menyiasat punca epidemik ini. Mulanya Gerry keberatan tapi terpaksa juga atas kebajikan dan keselamatan keluarga beliau. Maka lokasi pertama penyiasatan adalah Kem Humphreys di Korea Selatan dan beralih ke Jerusalam, Israel. Berpindah lagi ke pejabat W.H.O. di Cardiff, Wales. Berjayakah Gerry dalam mencari punca malapetaka ini? Dapatkah vaksin anti-zombi dihasilkan? Adakah Gerry dapat bersatu kembali dengan keluarga beliau?
Celaka, aku termencarut selepas babak ini. |
Masa kat Jerusalam. "Secure Brad Pitt!! He's miiinnee...!!!" Kata Segen |
Lakonan Brad Pitt memang tak dapat disangkal lagi ternyata berkesan namun saya merasakan gaya beliau itu sudah cliche. Walaubagaimanapun, saya berpuas hati menonton filem ini. Mencarut akibat terkejut itu amat saya benci (Kali terakhir aku macam ni masa menonton filem Khurafat karya Shamsul Yusof dengan sepupuku dan isterinya.)
Masa di Cardiff. "Eh? How could those zombies recognize me? Oh, I'm Brad Pitt, duh~" |
Brad Pitt | sebagai |
Gerry Lane
|
|
Mireille Enos | sebagai |
Karin Lane
|
|
Daniella Kertesz | sebagai |
Segen
|
|
James Badge Dale | sebagai |
Captain Speke
|
|
Ludi Boeken | sebagai |
Jurgen Warmbrunn
|
|
Matthew Fox | sebagai |
Parajumper
|
|
Fana Mokoena | sebagai |
Thierry Umutoni
|
|
David Morse | sebagai |
Ex-CIA Agent
|
|
Elyes Gabel | sebagai |
Andrew Fassbach
|
|
Peter Capaldi | sebagai |
W.H.O. Doctor
|
|
Pierfrancesco Favino | sebagai |
W.H.O. Doctor
|
|
Ruth Negga | sebagai |
W.H.O. Doctor
|
|
Moritz Bleibtreu | sebagai |
W.H.O. Doctor
|
|
Sterling Jerins | sebagai |
Constance Lane
|
|
Abigail Hargrove | sebagai |
Rachel Lane
|
Muka-muka yang rajin saya nampak di layar perak mahupun di peti televisyen adalah:
- Brad Pitt (malaslah aku nak elaborate. Semua orang tau dan kenal dia ni.)
- Mireille Enos (yang ni aku baru je nampak kat filem Gangster Squad awal tahun tempohari yang jadi bini Josh Brolin tu.)
- James Badge Dale (Aku start perasan dia ni kat filem The Departed, lepas tu mini-series The Pacific dan yang baru-baru ni dalam Iron Man 3.)
- Matthew Fox (alaaa... Mamat siri Lost ni... Tapi aku suka gak dia kat filem Vantage Point dgn Speed Racer.)
- Fana Mokoena (aku ingat dia kat filem Safe House tapi scene dia kejap je masa dia tangkap Ryan Reynolds kat stadium tu.)
- David Morse (Panjang resume mamat nih. Tapi mini-series Brotherhood of The Rose pada tahun 1989 buat aku suka style dia. Aku layan citer ni pun zaman Dunhill Double tiap-tiap Khamis dengan Jumaat tu.)
- Elyes Gabel (Aku ada perasan dia kat filem Welcome to The Punch.)
- Pierfrancesco Favino (2 filem yang aku ada perasan: A Night at The Museum dan Angels & Demons.)
- Moritz Bleibtreu (Hahaha!! Manni dari filem Run Lola Run -1998. Made in Germany.)
"Hello? Dominos? Can I get one large pizza with everything on it? You can't? Whyyy...? Oh, I forgot that zombies are everywhere..." |
Saya sudahi dengan serangkap pantun:
Melontar pandang langkah si anak dara,
Terhirisnya jari merahnya darah,
Jika tersalah susunan bicara,
Harap diampun tiada amarah.
Sekian sahaja buat kali ini wahai pengunjung yang budiman...
Wassalam...
Walking muvee encyclopedia, you are.
ReplyDeleteAku nengok gak muvi ni. Mula2 kemain lagi fly p sini sana last2 smua scene indoor. Bajet abeh kot. Propa nak bagitau israel tu sebenaqnua baik kan.
tak tengok lagiiiiiiiiii.. laju laju ajak andi pergi laaaa.. mcdee ni memang la! ;p
ReplyDeletePinat: ye baik la sangaaat~ last2 lingkup jugak...
ReplyDeleteEida: Nasib baik review x sepenuhnya dedahkan jalan cerita. Selamat terperanjat-peranjat~
Owhh.. detailnyer... mmg peminat muvie ni...
ReplyDelete