Movie Review: Kick Ass 2 (Tendang Punggung Kali Kedua)
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sebagai permulaan, filem ini memang sangat-sangat ditunggu oleh saya dan betapa seronoknya hati bila berpeluang menontonnya tempohari ditemani oleh Puan Permaisuri hidup saya.
Merupakan kesinambungan bagi filem Kick Ass yang terdahulu pada tahun 2010, kisah tentang seorang remaja bernama Dave Lizewski (Aaron Johnson - The Illusionist, Albert Nobbs, Savages) yang bertekad untuk menjadi adiwira bertopeng dan menggelarkan dirinya Kick Ass bagi menegakkan keadilan, sebenarnya telah bersara kerana sudah berjanji dengan teman wanitanya Katie (Lyndsy Fonseca - Hot Tub Time Machine, The Ward) dalam filem yang terdahulu lalu tinggallah Mindy Macready sebagai Hit Girl (Chloe Grace Moretz - Let Me In, Hick, Hugo) menegakkan keadilan berseorangan meneruskan legasi ayahnya Big Daddy (Nicolas Cage) yang terkorban sebelum ini.
"Look how much you've grown up Mindy..." Dave dah lupa yang 3 tahun berlalu selepas filem yang pertama. |
Sepintas lalu berkenaan pengarah filem ini, Jeff Wadlow yang sebelum ini banyak menulis skrip dan mengarah filem-filem untuk TV merupakan salah seorang peminat filem Kick Ass yang terawal dan apabila ditawarkan untuk mengarahkan filem ini beliau sangat teruja namun jika saya membuat perbandingan, yang pertama tetap terbaik berbanding dengan sekuelnya.
Jeff Wadlow. Macam tak percaya dia pernah jadi extra dalam Roswell dan Pearl Harbor dulu. |
Walaupun kurang 'kick', filem ini masih menyengat. Dengan ketiadaan Kick Ass di jalanan, ia tidak menghalang beberapa warga bandar menjadi pejuang bertopeng hasil dari inspirasi adiwira tersebut dan Hit Girl pula, walaupun masih meneruskan perjuangan keadilan itu berasa puas hati pada dirinya sendiri, masih tidak dapat menghindarkan rasa sunyi dalam jiwa.
Mindy being Big Daddy. Menjengah kembali babak dari filem pertama di kala ayahnya memberi pengalaman ditembak 'point blank' tetapi kali ini Dave aka Kick Ass pula mendapat pengajaran yang sama. |
Beberapa konflik timbul di sepanjang jalan cerita yang mana Dave ingin menjadi Kick Ass kembali berhadapan dengan kegagalan dan tuah dalam percintaan, Hit Girl di dalam dilema antara kehidupan adiwirawati dan kehidupan remajanya, transformasi Chris D'Amico (Christopher Mintz-Plasse - Superbad, Year One, Fright Night, This Is The End) dari Red Mist kepada seorang ketua penjahat The Motherf*©#êr yang ingin menuntut bela di atas kematian bapanya (Frank D'Amico mantan kepala gangster yang dilakonkan oleh Mark Strong) di dalam filem terdahulu.
Chris D'Amico aka The Motherf*©#êr
Chris D'Amico aka The Motherf*©#êr
Ini barulah anjakan paradigmaaa~ |
Mindy Macready aka Hit Girl
Dave Lizewski mengelak tendangan Mindy dengan gaya a la Matrix sambil sempat membuat 'tinjauan' (lihat arah mata beliau itu) |
Tradisi Big Daddy (potret di belakang): Hot choc-fudge marshmallow dip. "Have you try it with Ho-ho-horlicks?" tanya Dave pada Mindy. |
Mindy ditemani Brooke (Claudia Lee) dan Dolce (Ella Purnell) sebagai pelajar wanita popular yang sebenarnya jalang. |
Oh! She soooo fabulous... Pengakhir babak ini memang sangat tidak senonoh tetapi memang sempoi~ |
The Justice Forever
Dr Gravity dilakonkan oleh Donald Faison (ironinya beliau juga seorang doktor dalam siri TV 'Scrubs'). |
Night Bitch lakonan aktres (yang molek sebenarnya) Lindy Booth, merupakan kekasih baru Kick Ass. |
Filem ini cuba dengan sedaya upayanya menyaingi filem asal cuma pada saya ketiadaan (yang pertama) babak aksi slow-motion diiringi dengan runut bunyi yang segar dan padan dan (yang kedua) elemen provokasi seperti Hit Girl yang berumur 11 tahun waktu itu (2010) mencarut dan menyumpah seperti seorang dewasa juga menggambarkan beliau seorang kanak-kanak yang membunuh tanpa perikemanusiaan walaupun berdasarkan plot filem yang penjahat ataupun ahli gangster itu memang patut dibunuh. Isu itu ditimbulkan semula dalam filem ini menyentuh sejarah Mindy yang zaman kanak-kanak riang beliau diragut oleh bapanya atas dendam kesumat yang tidak sepatutnya berlaku sebagai justifikasi melindung jalan cerita filem pertama.
Lebih banyak watak adiwira ditonjolkan dalam filem ini. Tidak lupa juga watak 'super villain' iaitu kononnya penjahat berkuasa super (tapi kuasa itu sebenarnya wang) yang merekrut penjahat-penjahat super yang lain. Saya tiba-tiba membayangkan filem M. Night Shyamalan 'Unbreakable' dengan skala besar disuntik dengan komedi, aksi, dan keganasan melampau.
"I'm not Kick Ass and she's not Hit Girl... We're Bad Ass!" |
"And we bring an army of good guys to kick everybody's ass!" |
Terdapat 3 watak asal dari filem terdahulu digantikan dengan pelakon lain dalam filem ini. mereka ialah:
- Detective Marcus William - Morris Chestnut menggantikan Omari Hardwick.
- Todd (rakan baik Dave) - Augustus Prew menggantikan Evan Peters.
- Mrs. Zane (guru kelas Dave) - Amy Anzel menggantikan Deborah Twiss.
"I think your chest is your super power Night Bitch. Everybody can't take their eyes of it now." sindir Dr Gravity. |
Dave Lizewski:
What's the matter, Chris? Shit hit your shorts? Chris D'Amico: Yeah, and I'm gonna wipe my ass with your face. (That was the real dialog tau!) |
Duit tiket wayang itu berbaloi nampaknya dibelanjakan untuk cereka ini. Saya terpaksa belajar untuk menjadi penterjemah yang cekap kepada isteri saya apabila munculnya dialog-dialog berunsur lucah di layar. Saya tabik filem ini juga kerana walaupun terdapat sangat banyak carutan dan sumpah-seranah dalam kebanyakan dialog, terdapat beberapa babak yang Mindy harus membayar denda pada penjaganya akibat mencarut dalam perbualan mereka, dan Colonel Stars and Stripes (Jim Carrey) juga memberi amaran kepada ahli Justice Forever supaya menjaga adab pertuturan mereka.
Mother Russia (Olga Kurkulina) bermain angkat berat menggunakan Hit Girl |
I just wish I was Dave~ (penulis berangan) |
Tarikh tontonan: 1 hb September 2013 (5.55pm)
Lokasi panggung: MBO KL Festival City
Dendam kesumat memakan jiwa,
Amarah diikut menentang penguasa,
Perihal remeh menghambur tawa,
Kelak kecundang tiada bersisa...
Tunggu sahaja terbitan seterusnya. Akan datang, Elysium (review final showing day)...
bagus nye ade blog mcdee ni sebabnye ida tak yah tgok wayang pun xpe.. baca je review dari mcdee serupa tgok wayang dah. hehehehe
ReplyDeletehahaha!! banyak spoiler kan? cuma blog kita x de gambo gerak2~ hehehe...
Delete