Movie Review: The Conjuring (Penampakan Momok)

















Assalamualaikum dan salam sejahtera...


    Sebagai permulaan, saya berasa amat bersyukur kerana tidak mati terkejut selepas menonton filem ini. Genre sebegini bukanlah satu pilihan yang saya tunggu-tunggu ataupun dengan terujanya tidak sabar untuk menonton namun saya tiada pilihan kerana orang rumah bersama dengan salah seorang rakan baiknya Yaya dan suaminya Syafiq, berasa sangat ingin tahu taraf keseraman naskhah ini (tobat rasa macam tak nak tengok lagi cerita macam ni!), maka saya turutkan jua, sama seperti sewaktu menonton filem Khurafat bersama sepupu saya dan Cik Puan Isteri beliau semasa di Johor Bahru (waktu bujang-bujang zaman dahulu kala). Menyampahnya saya menonton filem seram ini adalah kerana saya pasti akan mencarut akibat terkejut disergah oleh babak-babak suspens filem-filem sebegini (sila rujuk di sini).

   Naskhah olahan James Wan ini sangat-sangat menjadi keseramannya. Beliau adalah warganegara Australia yang dilahirkan di Kuching, Sarawak selalunya bekerjasama dengan sahabat karibnya Leigh Whannell dalam kebanyakan karya beliau.

James Wan di set The Conjuring "Am I too K-Pop for you guys?"
   Tersenarai dalam senarai pengarah hebat untuk genre seram, beliau sebenarnya ingin menjadi versatil dalam kerjayanya. Terbukti dengan secara rasminya akan menjadi pengarah filem aksi sekuel Fast & Furious 7 akan datang.

   Filem ini berdasarkan beberapa kes sebenar Ed Warren (lakonan Patrick Wilson - Hard Candy, Watchmen, Insidious) dan isterinya Lorraine (Vera Farmiga - The Departed, Up In The Air, Source Code, Safe House), merupakan sepasang penyiasat paranormal, namun antara kes-kes mereka, kes yang dialami oleh keluarga Perron pada tahun 1971 menjadi fokus layar ini.

"It was only your imagination" kata Lorraine Warren (kiri). "Probably from smoking marijuana too much..." sampuk Ed Warren (kanan).

   Ed dan Lauren menjalankan siasatan paranormal sekiranya diajukan sendiri oleh mangsa-mangsa gangguan. Jika tiada sebarang kes, mereka membuat kuliah sekiranya dijemput oleh mana-mana kolej, universiti ataupun kawasan komuniti yang berminat (selalunya memperolehi kes baru dari acara sebegini). Kes patung Annabelle juga membuatkan saya tutup mata semasa menonton.

Kiri: Annabelle yang sebenar. Kanan: Annabelle untuk filem. Yang mana satu lebih 'creepy'?

   Ketika tamatnya salah satu kuliah pasangan Warren ini, mereka diperkenalkan dengan Carolyn Perron (lakonan Lily Taylor - Ransom, The Haunting, Public Enemies, About Cherry) oleh pembantu mereka Drew (Shannon Kook - Pelakon siri TV sebelum ni) dan bermulalah penyiasatan paranormal yang melibatkan keluarga Perron ini.

Fasa-fasa yang berlaku di kediaman yang berhantu. "I'm not Mr Middleton ok?" penafian Ed ketika mengajar Bahasa Inggeris.
   Gangguan-gangguan yang dialami oleh keluarga Perron ini pada mulanya tidaklah seganas mana dan tidak sepenuhnya membimbangkan disebabkan kehadiran ketua keluarga ini iaitu Roger Perron (Ron Livingston - Band of Brothers, The Odd Life of Timothy Green) tapi keadaan berubah bila beliau terpaksa 'outstation'. Perasaan seram itu hadir pada diri saya kerana merasakan beberapa babak gangguan itu dapat saya kaitkan dengan pengalaman silam saya sendiri.

"Mommy... You should replace John Rambo in the next sequel okaaay~" pujuk April Perron pada ibunya.

"Don't burn the house down 'coz it got ghosts inside it, daddy~" sindir Christine Perron (kiri-bawah) pada ayahnya yang bermain mancis itu.


  Mari kita lihat antara gangguan-gangguan lain wahai para pembaca semua:

Scene ini membuatkan penulis mencarut akibat latah bercampur terperanjat. Jilaka hantu bernama Rory tu!

Kemunculan bos segala hantu kat rumah puaka itu, Bathsheba. "Imbecile children! This wardrobe won't get you to Narnia!! Besides... all your clothes are out date~" Momok Bathsheba mengilai-ngilai...

    Namun dari hari ke hari, gangguan bertambah hebat lebih-lebih lagi selepas kehadiran pasangan Warren yang berjanji untuk menghentikan semua itu. Hebatnya penunggu rumah keluarga Perron itu sehingga anak perempuan pasangan Warren itu pun turut terancam di kediaman mereka sendiri. 

Mari membasmi hantu. "Hey Bathsheba! This is not Inception you dimwit!" jerit Ed Warren.

   Babak demi babak berlalu membuatkan saya rasa sangat tidak selesa. Lengan yang dicengkam oleh isteri saya juga sangat tidak membantu untuk menghilangkan takut. Kesudahan cerita ini tak akan saya dedahkan. Ingin tahu? Tontonlah sendiri!

   Secara keseluruhannya, ketakutan itu sampai pada saya. Bermakna filem ini berjaya di situ tanpa melupakan kronologi kejadian kes pasangan Warren, juga memberikan kita rasa dekat dengan kedua-dua keluarga pembasmi dan keluarga mangsa yang pada masa yang sama merasai apa yang mereka semua alami. Saya pernah menonton filem Insidious dari pengarah yang sama dengan filem ini dan merasakan saya perlu nantikan naskhah beliau yang seterusnya iaitu Insidious: Chapter 2 akan datang. Saya tak suka ditakutkan namun tak kisah untuk menakutkan diri sendiri lagi asalkan ada peneman di sisi untuk melakukan 'prank' pada mereka seterusnya di lain masa.

Kalau tak ada mamat ni, penulis pasti kejung ketakutan. John Brotherton sebagai Officer Brad. Truly a comic relief. Semua 'scene' dia kelakar dan agak 'cheesy'. Thank you Mr. Alex Wan.

   Mari kita lihat wajah pelakon Patrick Wilson versus Ed Warren yang sebenar dan pelakon Vera Farmiga versus Lorraine Warren yang sebenar di bawah ini:






























   Dan yang akhir sekali gadis-gadis Perron (pelakon dan pemilik sebenar watak-watak):

Dari kiri: Cindy Perron dan Mackenzie Foy (sbg. Cindy), Nancy Perron dan Hayley McFarland (sbg Nancy), April Perron dan Kyla Deaver (sbg April), Christine Perron dan Joey King (sbg Christine), Andrea Perron dan Shanley Caswell (sbg Andrea).
   Antara pelajaran yang penonton dapat dari filem ini ialah, entiti-entiti paranormal ini masih mampu dirakam dalam bentuk foto namun bukan dalam bentuk asal mereka tetapi dalam bentuk kulat-kulat kecil atau besar di gambar-gambar yang ditangkap menggunakan 'flash' kamera.

Tarikh tontonan: 31 hb Ogos 2013 (10.55pm)
Lokasi panggung: MBO Brem Mall

Takut itu hanya mainan perasaan,
   Kuatkan iman menafikan seram,
Tiada yang disembah melainkan Tuhan,
   Kelak kan aman jiwa kan tenteram... 
 
Tunggu sahaja terbitan seterusnya. Akan datang, Kick Ass 2...

Comments

  1. Memang menyeramkan! Tapi benchmark nak tau kalo cerita2 tu betul2 seram ialah tonton kali kedua.... kalo still seram.... lulus ujian!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik! Setuju. Lain kali nak tengok ramai-ramai satu keluarga pulak.

      Delete
  2. Rmai yg kata cter kie seram...tunggu kuar cd je la baru dpt tgk...


    Nanti kite nak anto ammar tuisyen english ngan uncle mcD boleh????maknye kalo tuisyen jawa lepas la....muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram nanie! kalah khurafat.

      Tusyen English? boleh je~ bukan bahasa inggeris tu asal dari bahasa jawa ke? hehehehe...

      Delete
  3. yeayyyy nampak gayanya boleh tengok second roundddd untuk test power mcdeeee yeayy :P jommm korangg :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaya and syafiq turut diundang utk second round. tunggu tarikh je tau.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Zombi Kilang Biskut: Pencemaran Biskut Berjangkit

Movie Review: Sejoli (yang bukan joli katak)

Rogue One: A Star Wars Story (Predictable Ending, Unknown Struggle)