Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagi satu review peraman penulis untuk anda semua (ada 3 lagi review menunggu untuk dihidang tau~). Masa tengok trailer filem ni, penulis teruja dah. Otomatik bayangan lampau filem-filem gandingan orang kulit putih dengan orang Afrika-Amerika seperti Lethal Weapon, Money Talks, Men in Black Trilogy, The Last Boy Scout, 48 Hrs. berderu-deru melintas di depan mata (hanya visualisasi penulis okeyh~). Penulis rasa Rush Hour Trilogy pun boleh la tersenarai sebab formulanya sama je.
Mula-mula pengenalan untuk pengarah filem. Sebab selalunya penulis membuat tanggapan awal sesebuah filem itu berdasarkan siapa pengarahnya dulu. Lepas tu baru mengambil kira skrip filem adalah karya dari idea asal ataupun adaptasi. Selalunya adaptasi ini berdasarkan kisah benar, novel, filem pendek, komik, kartun, ataupun permainan komputer mahupun konsol (alaaa... yang macam PlayStation 1, 2, 3, 4 atau Xbox 360 atau game arked yang kat pasaraya tuu~). Ok, berbalik pada isu siapa pengarah filem 2 Guns ni, nama beliau Baltasar Kormakur. Lahir di Iceland. Baltasar tu adalah nama keluarga beliau yang mana bapa beliau berasal dari Sepanyol juga seorang pelakon suatu masa dulu. Setakat ni sudah ada 2 filem buatan Hollywood sebelum ini datang dari arahan beliau iaitu Inhale (2010) dan Contraband (2012). Inhale tu penulis belum tengok lagi manakala Contraband tu sudah (gempak la jugak~). Juga sedang ditayang sekarang melalui mana-mana saluran movie Astro.
|
"Cuba kau variasikan facial expression kau tu Mark, dari tadi sama je aku tengok. Pergi belajar dengan Denzel sana." pengarah filem Baltasar Kormakur menyekolahkan Mark Wahlberg di set penggambaran 2 Guns. |
|
"Susah la ngajar Mark tu. Filem dah menimbun tapi mutu lakonan improve sikit je~" keluh Denzel pada pengarah, Baltasar. |
Baiklah, kita ke sinopsis (yang penuh dengan spoiler ni). Bobby Trench (Denzel Washington) dengan Stig (Mark Wahlberg) merupakan rakan kongsi dalam pelbagai kegiatan jenayah, mengambil keputusan untuk merompak sebuah bank di sebuah pekan bernama Tres Cruses, New Mexico. Rancangannya bermula dengan membakar sebuah 'diner' yang terletak di seberang jalan menghadap bank tersebut (ini kerana donat mereka tersangatlah sedapnya sehingga masyhur menyeberangi 3 'county' - kalau donat sedap, polis pun rajinlah menghurung 'diner' tu).
|
Stig suka mengorat~ (babak di 'diner' termasyhur seluruh 3 'county') |
|
Back to business... Why so serious guys? |
Filem ini membawa kita mengimbas kembali untuk memberi kita logika akan mengapa Bobby dan Stig hendak sangat merompak bank tadi. Mereka sebenarnya pergi berjumpa dengan pengedar dadah terkenal Papi Greco (Edward James Olmos) di Mexico. Bobby mengubah wang haram Greco untuk dibayar dengan kokain tapi Greco berubah fikiran kerana sebelum Bobby dan Stig tiba tadi, beliau baru sahaja memenggal rakan (orang dalam) mereka berdua. Bobby dan Stig pulang dengan hampa ditimpa bala lagi kerana ditahan di sempadan Amerika-Mexico oleh DEA (Drug Enforcement Administration) dan disoalsiasat oleh mereka.
Di sini terdedahnya identiti sebenar Bobby yang nama sebenarnya Robert Trench, seorang pegawai DEA yang menyamar untuk menangkap Greco. Bobby disoalsiasat oleh atasan beliau bernama Jessup (Robert John Burke). Stig pula disoalsiasat oleh pegawai DEA wanita
(yang sungguh jelita!) bernama Deb Rees (Paula Patton). Mereka berdua dilepaskan dan di sini kita dapat tahu yang Deb itu kekasih Bobby.
|
"Alamak Denzel... aku dah ada suami laaa... Nama dia Robin Thicke. Alaaa yang gesel-gesel bontot Miley Cyrus kat VMA haritu~ Sorry ek?" Paula Patton dengan sopan menolak godaan Denzel Washington. |
Sebab tak puas hati menyabitkan kesalahan mengedar dadah kepada Greco, Bobby merancang untuk merompak bank yang selalu Greco gunakan untuk menyimpan wang ketika di Amerika (beliau ada anak dan isteri di sini) dan Bobby menganggarkan simpanan beliau bernilai USD 3 juta. Bobby memberitahu rancangan ini kepada Stig kerana inginkan Stig menjadi kambing hitam bila tertangkap nanti (Bobby juga beritahu Deb supaya buat laporan polis mengenai niat beliau ini). Stig pula bila dapat tahu Bobby punya rancangan, melapor pada ketua beliau, Harold Quince (James Marsden). Rupa-rupanya Stig juga menyamar. Beliau adalah Pegawai Perisikan Tentera Laut US yang bernama Michael Stigman. Arahan yang beliau dapat dari Quince, "Bunuh Bobby. Duit tu nanti kita guna untuk operasi-operasi gelap (tak rasmi) akan datang".
|
"Aku bukan Cyclop lagi wei... Spek aku mana ada kaler merah dah~" jawab Marsden bila Wahlberg tanya, "Macam kenaaaal jek?" |
Hari merompak telah tiba. Segalanya berjalan sangat lancar. Mereka semua dapat lebih dari USD 3 juta. Polis pulak tak datang ambush seperti yang dirancang. Bobby pelik. Mereka ke kawasan lapang dekat dengan sempadan Mexico dan mula mengira. Ada USD 43 juta semuanya. Duit siapa semua ni? Tiba masa untuk babak pengkhianatan. Stig versus Bobby. Stig menang. Duit semua dia ambil bawa ke Quince manakala Bobby ditinggalkan di situ dengan cedera di tangan kiri akibat ditembak Stig. Stig tak bunuh beliau kerana dapat tau dia pegawai penguatkuasa.
|
"Duit den betingkek-tingkek~" Stig menyanyi riang sambil Bobby tunggu lirik RAP masuk. |
Tak lama kemudian muncul tuan punya duit yang USD 40 juta tu di bank yang dirompak. Ingatkan mafia lagi besar dari Greco, rupa-rupanya agen CIA yang kotor bernama Earl (Bill Paxton). Habis satu pekan dia soal bagi mencari petualang yang mencuri duitnya.
|
Last-last Bobby kantoi gak dengan Earl. "Dah makan belum?" Earl memulakan soalsiasat terhadap Bobby. |
Stig juga dikhianati oleh Quince selepas dia menyerahkan hasil rompakan. Berjaya melarikan diri dari dibunuh oleh Quince, Stig menghilangkan diri. Semasa disoal oleh Earl tadi, pegawai atasan Bobby, Jessup, dibunuh oleh Earl menggunakan pistol milik Bobby. Bobby terperangkap. Beliau kena dapatkan balik duit tu dari Stig lalu ke rumah beliau. Bobby diserang hendap pula oleh komando tentera laut yang misi sebenar mereka untuk membunuh Stig. Akhirnya Bobby berjaya melepaskan diri dengan bantuan Stig yang sudah bersedia dengan raifal 'sniper' di bangunan seberang jalan.
Tidak berpuas hati dengan kejadian semalam, Bobby ingin menculik Greco untuk mengetahui kenapa ada banyak sangat duit pada hari rompakan tu. Stig juga muncul dengan niat yang sama. Bobby dan Stig berbalah tentang siapa yang patut memiliki Greco.
|
"Ni makan diaa!!" herdik Bobby pada Stig (Elleh... nampak sangat tak kena muka Wahlberg). |
kalau dah berjodoh tu memang selamanya
bromance kaaann... Bobby dan Stig berdamai lalu membawa Greco ke rumah Deb. Di situlah soalsiasat diadakan. Tapi rumah itu diserang Quince dan konco-konconya. Greco terlepas lalu menangkap balik Bobby, Stig dan Deb.
|
Mula-mula melawan... |
|
...lepas tu kena tangkap. Jadi tebusan Greco Greco yang comel sehinggalah Bobby dan Stig serahkan USD 43 juta tu. |
|
Stig: "Senaman macam ni la aku buat tiap hari nak dapat 6 pack~" Bobby: Patutla bengap. Darah beku semua turun kat kepala. Dah nak mati ni pun sempat lagi mempoyokan diri..." |
Deb jadi tebusan dan akan dibunuh kalau duit berjumlah USD 43 juta itu tak diserahkan pada Greco. Bobby dan Stig dilepaskan tetapi mempunyai 'deadline' selama 24 jam. Berjayakah mereka berdua dapat balik duit tu semua lalu menyelamatkan Deb? Oleh itu ini penulis bagi hints apa yang berlaku di penamat.
Tentulah penamatnya ada aksi-aksi tembak-menembak~ Sempoila babak terakhir ni. Plot filem ini memberikan perkembangan watak yang baik untuk kedua-dua hero. Penulis berpuas hati selepas keluar panggung (mungkin ramai pembaca pulak tak puas hati lepas baca entry ni sebab banyak beno spoilernya. Alaaa... entry-entry yang sebelum ni pun sama je kaaan~). Amat sesuai untuk peminat filem aksi. Dijamin terhibur.
|
Habis menembak, mari kita berkawad... Kiri! Kanan! Kiri!! |
Next, KL Gangster 2. Ni penulis nak buat ringkas ya amat. main letak-letak gambar banyak-banyak. Lepas tu Escape Plan. Lepas tu lagi Tom Yum Goong 2. Lepas-lepas tu lagi, Ender's Game. Sehingga saat entry ini diterbitkan, penulis berehat dari menonton wayang dulu. Belum masyyuuuuk~
Janganlah tamak lupakan diri,
Rezeki tak berkat haram dicerna,
Kelak mati neraka menghampiri,
Sepanjang di akhirat jiwa merana.
Sekian terima kasih semua...
Comments
Post a Comment