Elysium: Fantasi Antara Dua Darjat






















   Salam sejahtera semua, Penulis suka sangat peram pengalaman menonton beliau. Macam cerita Elysium ni lah. Bini penulis malas-malas pun berjaya jugak 'up' 3-4 'entries'. Poster grafik di atas sangat menarik hati penulis berbanding poster rasmi asalnya. Sebab dah lama sangat peram, review kali ni kira ekspres sedikit.

   Nak tau siapa pengarah filem ini? Nama beliau Neill Blomkamp. Sebelum ni beliau cuma pengarah biasa-biasa saja di Afrika Selatan. Filem yang menjulang nama beliau ke persada antarabangsa adalah 'District 9'. Lahir di Afrika Selatan dan berhijrah ke Kanada sebagai batu loncatan dalam kerjaya beliau sebelum ini iaitu animator 3D. Tak sangka last-last jadi pengarah filem.

"Masuk kiri, pastu terus, bilik air sebelah kanan. Ambik nombor 3 dari kiri sebab yang itu je paling bersih." Kata Blomkamp pada Damon.
   Sinopsis cerita macam ni (Maaf ye, banyak gila spoiler ni!), Max Da Costa (Matt Damon) yatim piatu, masa kanak-kanak rapat dengan Frey Santiago (Alice Braga), bercita-cita nak pergi ke stesen angkasa bernama Elysium yang merupakan petempatan kepada mereka yang berada sahaja namun hanya tinggal impian yang tak kesampaian. Max akhirnya membesar menjadi pencuri kenderaan yang agung namun kemudiannya bertaubat kerana kantoi ditangkap polis. Setelah mendapat parol, beliau bekerja di sebuah kilang milik seorang saudagar bernama John Carlyle (William Fitchner). Satu kemalangan berlaku semasa Max bertugas yang mana beliau terkena radiasi dan beliau cuma ada 5 hari je untuk hidup dan kemudian dibuang kerja pulak tu. Mengetahui yang di Elysium ada Med-Bay yang boleh memulih apa jua penyakit, Max bertekad dan membuat perjanjian dengan seorang penyeludup pemerdagangan orang bernama Spider (Wagner Moura) dengan bantuan rakan baiknya Julio (Diego Luna).

Maxwell Perry Cotton sebagai Max masa kecil.

Valentina Giros sebagai Frey masa kecil.

   Spider mengimplan satu perisai 'exoskeleton' dan 'brain chip' pada Max dengan hajat untuk merompak John Carlyle dengan menggodam 'brain chip' beliau menggunakan Max. Pada masa yang sama Setiausaha Pertahanan Elysium, Jessica Delacourt (Jodie Foster) ingin merampas kuasa tapi memerlukan Carlyle (merupakan kontraktor sistem 'firewall' Elysium). Pasukan Max dan Pasukan Delacourt yang diketuai Kruger (Sharlto Copley) bertembung. Carlyle terbunuh tetapi Max berjaya muat-turun data dalam cip Carlyle. Max hanya cedera tapi ahli pasukan yang lain termasuk Julio terbunuh namun Max dapat melarikan diri lalu ke hospital dan secara kebetulan terjumpa pulak dengan Frey. Frey dapat tahu rancangan Max untuk ke Elysium meminta dibawa anaknya Matilda yang menghidap leukimia untuk dipulihkan. Max enggan tapi Kruger berjaya menangkap Frey dan anaknya.

"Kau nak aku letak kad memori SD atau microSD dalam kepala hotak kau ni?" Tanya Spider pada Max.
"Gila ah game polis sentri versi program realiti ni..." getus Julio tertekan.

"Data yang kau download tu aku letak trojan tau tak..." bisik Carlyle nyawa-nyawa ikan. Max menoleh pada Sandro lalu bertanya, "Antivirus yang Spider pakai kuat kan?"
    Max menyerah diri kepada Kruger sebab dah tau nak buat apa dengan data yang dia ambil dari Carlyle tapi terperanjat yang Frey dan anaknya ada di dalam kapal nak ke Elysium. Max gaduh dengan Kruger. Bom meletup dalam kapal yang dah nak mendarat Elysium. Muka Kruger hancur tapi masih hidup nyawa-nyawa ikan.

Sharlto Copley sebagai Kruger, Ejen Elysium di bumi.

"Maaflah... Saya tak dapat cium awak sebab nafas awak berbau..." rayu Frey yang enggan dinoda.
My brain just can't deal with what I saw. Apa yang aku tau nak jadi cameraman kena fit. Kalau gemuk, jadi pengarah takpe.

   Kruger pulih semula, terima kasih pada kedua konco beliau, manakala Frey dan anaknya dikurung. Max pula dibawa ke satu bilik lain untuk diestrak data milik Carlyle di dalam otaknya namun dapat melarikan diri. Kruger yang sudah sihat itu berubah menjadi gila kuasa lalu membunuh Delacourt dan memakai 'exoskeleton' rekaan yang terkini seakan kepunyaan Max, mengamuk dalam usahanya mencari Max. Berjaya tak agaknya Max mengharungi ancaman Kruger, menyelamatkan Matilda, dan mengubah sejarah bumi dan Elysium?

Homeland Security Droid buatan kompeni milik John Carlyle, Armadyne Corp

Setiausaha Pertahanan Delacourt lakonan Jodie Foster

Kruger sebenarnya peminat rancangan anime Mospeada dulu-dulu...
Membanting seteru di bawah pohonan sakura... puitis dan mendalam babak aksi ini sebenarnya... puuui!!
   Pada pengamatan penulis, Blomkamp masih belum dapat lari dari bayangan District 9. District 9 tetap the best! Kawasan 'slum' atau setinggan itu masih ada. Premis darjat itu juga masih ada. Sedikit 'mellow' gaya penceritaannya. Emma Tremblay sebagai Matilda ada potensi. malaslah nak cakap banyak sebab Filem ni tergolong dalam 'my list of good film'.

   Next penulis nak buat review Riddick, Escape Plan, Tom Yum Goong 2. Kali ini sebab malas, so buat pantun dua kerat je lah ek? Hahahaha!!! Sekian terima kasih kerana membaca review lemau ini.

   Malas itu ada banyak jenis-jenisnya,
Sebab itu malas sungguh hendak menaipnya~

Comments

  1. Waiting review Tom Yum Goong 2.. Btw, Salam 1 Muharam buat penulis dan isteri.. Semoga dengan kedatangan baru ni akan membawa 1000 hikmah & dikelilingi perkara2 yang baik belaka hendaknya.. Amin..
    Blog dah bertukar url.. Hehe..=)
    MIEZA SURI SHAKLEE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the wish, yang baik-baik juga untuk puan. Sedang mengumpul bahan untuk Tom Yum Goong 2. Serai dengan daun limau purut je yang belum beli~ hehehehe...

      Delete
  2. Hah peram lama gila kot. Nak jadi orang kamera juga takleh sakit lutut macam saya. Kalau muvi ceghita pasai tayar gheta dan cat dinding pun, if there's Keanu Reeves, or Johnny Depp, or Matt Damon; I'm sold.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ai caghik hero-hero Bollywood and Kollywood untuk kamu naa? ngehehehe...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Favorite Movie Titles Blogathon

Rogue One: A Star Wars Story (Predictable Ending, Unknown Struggle)

2 Guns: Hitam-Putih Campur Tamak Campur Korupsi