Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca. Lagi satu review lemau dari penulis untuk anda semua. So, sit back, selesakan diri anda, tenung skrin, dan mulakan membaca.
Mula-mula, pendedahan pada pengarah filem ini. Namanya David Twohy, lahir di Los Angeles pada tahun 1955. Juga merupakan pengarah kepada kesemua francais Riddick yang terdahulu (Pitch Black - 2000, The Chronicle of Riddick - 2004). Semua orang suka gaya filem Pitch Black, sebab itu Twohy jadikan bahagian ketiga francais ini seakan yang filem yang pertama kerana mengikut kajian khalayak, penonton seakan muak dengan lebihan imej janaan komputer (CGI) pada bahagian kedua saga Riddick ini. Kiranya filem yang kali ini macam tribute to the first lah. Penulis suka. Less is more.
|
David Neil Twohy di set penggambaran Riddick yang kelihatan poyo dengan senapang mainan. |
Kita ke sinopsis (yang penuh dengan spoiler~) pulak. Permulaan filem ini terus membawa kita di mana Riddick muncul dari runtuhan dalam keadaan parah. Penulis mula tertanya-tanya apa yang dah terjadi? Masa itulah Riddick mengimbas kembali...
|
"Pastikan Riddick mampos Krone. Aku tak mau pemimpin kita dipilih dengan membunuh pemimpin terdahulu lagi. Aku nak buat pilihanraya lepas ni. Kita kena pakai idelogi demokrasi terpimpin Abdul Wahab tu." tekad Komander Vaako kepada Krone dibelakangnya. |
Riddick (Vin Diesel) mula merasa rimas
memikul tanggungjawab sebagai Lord Marshall kepada armada Necromonger
(kaum yang bertanggungjawab membuat penghapusan etnik bangsa Riddick
iaitu Furyan). Komander Vaako (Karl Urban) perasan akan perubahan sikap
Riddick ini berasa inilah masanya untuk menggulingkan Riddick dengan
memberitahu beliau yang dia tahu lokasi planet Furya. Riddick yang
rindukan kampung halaman itu termakan cerita Vaako dan bersetuju diiring
oleh Krone (Andreas Apergis) dan 4 orang lagi hulubalang Necromonger ke
sana.
Sampai sahaja di satu planet yang kononnya Furya, Riddick menyedari yang planet itu bukan Furya. Krone terus memberikan arahan bunuh kepada hulubalangnya tetapi Riddick berjaya membunuh kesemuanya lalu Krone sendiri meruntuhkan tanah tempat mereka mendarat lalu menimbus Riddick dalam runtuhan itu.
Kita kemudian disajikan dengan beberapa babak Riddick memulih dan merawat kecederaan beliau, kemudian babak beliau menjelajah kawasan planet tersebut disamping pengenalan kepada beberapa hidupan liar di situ.
|
Setiap planet musti ada raksasa~ |
|
Inilah yang penulis maksudkan penyayang... "Tuan, nak main nyorok-nyorok boleh?" tanya anjing peliharaan Riddick kepada tuannya. |
Aaaaa... Lupa nak bagitau yang Riddick ada binatang peliharaan dalam filem ni. Formula manga / anime juga digunapakai. Asalnya makhluk bercirikan
canine (K-9) ini, Riddick culik dari sarang mereka untuk berekperimentasi terhadap pembinaan sistem imunisasi bisa dari salah satu binatang pemangsa berasaskan air seakan kala jengking yang sangat dahsyat di planet ini. Riddick dan anak 'anjing' itu berjaya membina daya tahan bisa pada badan masing-masing yang sebenarnya salah satu keperluan untuk melepasi makhluk dahsyat yang mengawal laluan ke lembah bersebelahan.
Masa berlalu dan Riddick pulih sepenuhnya dan berjaya mengembalikan sifat pemburu yang licik dan ganas dalam dirinya. Ada satu babak yang membuat penonton menyangka Riddick diserang hendap oleh seekor 'anjing' dewasa planet itu namun menyedari yang sebenarnya itu adalah peliharaan beliau yang telah dewasa.
Riddick menemui pengkalan pemburu upahan
(bounty hunter) di lembah itu dan mengambil keputusan untuk menekan butang S. O. S. dan mendedahkan diri beliau pada pengesan pengkalan tersebut dengan agenda untuk keluar dari planet itu setelah mengetahui perkara yang buruk dan dahsyat bakal berlaku jika hujan turun di kawasan lembah itu.
Dua pasukan pemburu upahan tiba untuk menangkap Riddick. Satu pasukan diketuai oleh Santana (Jordi Molla) dan anak-anak buahnya Diaz (penggusti terkenal Bautista), Vargas (Conrad Pla), seorang remaja yang warak bernama Luna (Nolan Gerard Funk), Falco (Danny Blanco Hall), Nunez (Noah Danby) dan Rubio (Neil Napier).
|
"Kenapa set ni bau najis? Takde 'air freshener' ke?!" rungut Bautista di set pengambaran. |
|
"Woi Riddick!! Mai la sini! Aku ada bawak ayam goreng KFC ni! Aku tau hang lapaq KFC kan?" Santana cuba memujuk Riddick keluar dari tempat persembunyiannya. |
Team pemburu yang berseragam satu lagi diketuai oleh Boss Johns (Matthew Nable) yang ada kaitan dengan sejarah silam Riddick (sebab tu dia datang jugak nak tangkap Riddick walaupun Santana dah chup dia dulu) dan diiringi oleh Dahl (Katee Sackhoff), Moss (Bokeem Woodbine) dan Lockspur (Raoul Trujillo).
|
Matt Nable, watak pembantu je dalam Killer Elite (2011) sebagai anak buah Clive Owen, Pennock. |
|
"Sapa skodeng aku mandi haritu, aku tembak 'anu' dia. Jahanaaam~" Dahl tak puas hati kena skodeng dilakonkan oleh Katee Sackhoff yang femes dalam siri Battlestar Galactica. |
|
Moss lakonan Bokeem Woodbine, bangga dengan lampu picitnya yang pelik itu. |
Santana ni poyo. Kononnya baguslah tapi seluruh
team kena sayur dengan Riddick, namun takdir tidak menyebelahi Riddick kerana ditangkap dan haiwan peliharaannya mati ketika cuba menyelamatkan tuannya. Riddick bersumpah untuk menamatkan riwayat Santana sebab membunuh 'anjing'nya itu kalau dia terlepas. Sudah jatuh ditimpa tangga, hujan pun turun dengan lebatnya maka berkeliaranlah makhluk pemangsa seakan kala jengking itu di seluruh kawasan. Berjayakah Riddick melepaskan diri? Bagaimana dengan nasib pemburu upahan yang lain itu?
|
Aku takut boss..." bisik Diaz pada Santana. "Badan je macam Giant tapi penakut..." Santana menyindir dengan menyampahnya. Kelihatan Luna di belakang laaaagi menyampah dengan mereka berdua. |
|
"Aaaaaku laaaAApaaaAAaaarr~ Maaakaaan budaaaaak~" desir monster kala jengking air. |
|
Riddick sempat bersenam menggunakan alat senaman buatan sendiri. |
So, ada banyak reaksi berbeza dengan filem ini. Ada yang suka, ada yang tidak. Penulis perasan juga kadang-kadang ada babaknya yang agak meleret. Anjing peliharaan Riddick
sooo adorable. Ada babak ganas melampau.
Feel Pitch Black tu ada. Plotnya menarik. Babak-babak humor pun ada sekali sekala untuk menenangkan
tension dan pada masa yang sama
build up tension. Penulis tidak berasa kecewa menonton filem ini sebab memang merupakan peminat tegar watak Richard B. Riddick ni.
|
"Ambik kau Santana!! Janji ditepati!!" getus Riddick kepuasan. |
|
Diesel menyampaikan dialog seakan Fast & Furious, " I'll ride it like I stole it." pada Nable dan Sackhoff. |
|
Rempit time hujan barulah thrill~ |
|
"Kau ingat aku tak reti wrestling ke Bautista?!! Diesel tunjuk skill tahap dewa beliau pada Bautista. |
Sudah di penghujung entry kita sebenarnya. Terima kasih banyak-banyaklah membaca ulasan tulus dari penulis ni. Apa nak buat, sebab lama sangat peram, ulasan pun jadi lemaulah. Penulis akan kembali lagi dengan ulasan yang lain mengimbas filem 2 Guns (lupa nak mention dalam entry sebelum ni), KL Gangster 2 (walaupun orang rumah dah buat
review ringkas dalam blog dia), Escape Plan, dan Tom Yum Goong 2.
Maka penulis sudahi dengan serangkap pantun macam biasa:
Menjadi kuat haruslah bertekad,
Menempuh cabaran dengan kecekalan,
Diiring doa juga iktikad,
Mengharung kegagalan tanpa kesalan.
Sekian...
Comments
Post a Comment